-
March 3, 2013
MANILA – Jurucakap Sultan Sulu,
Jamalul Kiram III menegaskan bahawa ‘tentera diraja’ yang memasuki Sabah
akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan
negeri tersebut.
“Kami telah membuat keputusan bahawa
maruah lebih utama daripada nyawa,” kata jurucakap berkenaan, Abraham
Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka
dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan
menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga
Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran
pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang
diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram
Mengulas mengenai nasib Agbimuddin,
Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk
meneruskan perjuangan mereka.
“Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap,” ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk
ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk
menuntut hak ke atas negeri Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram
III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya
terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
“Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak
akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa,” kata
Jacel dalam satu kenyataan semalam.
“Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di
Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan
aspirasi mereka,” tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas
sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224
anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan
nasib kepada takdir. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan