Kejadian jam 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kegagalan seorang ahli keluarga terbabit menjelaskan wang dipinjam daripada along.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang mangsa iaitu wanita berusia 50-an melihat sebuah kereta dipandu lelaki tidak dikenali berhenti depan rumahnya dan membaling objek.
“Hampir keseluruhan rumahnya terbakar akibat kejadian itu. Mangsa dibantu jiran yang menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.
Zakaria berkata, bomba tiba di tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain namun rumah dan perabot milik mangsa musnah teruk.
RUMAH mangsa yang musnah.
“Hasil soal siasat mangsa percaya perbuatan berkenaan dilakukan
along kerana seorang ahli keluarganya meminjam dengan mereka dan gagal
melunaskan pinjaman itu,” katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan