Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Manila sepina 'Sultan Sulu', tapi tarik balik segera


Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) mensepina 'sultan Sulu' Jamalul Kiram III dan anggota keluarganya tetapi dengan segera menarik balik kerana "tidak mahu memalukan keluarga" itu.

Pasukan lapan orang NBI yang diketuai oleh Aristotle Adolfo menyerahkan sepina itu di kediaman Kiram di Kampung Maharlika, Taguig City pada Selasa, lapor InterAksyon.

NONEMedia yang berpengkalan di Filipina itu juga melaporkan, Anggota keluarga Kiram yang dipanggil NBI termasuk isterinya Fatima Celia, anak perempuan Jacel, saudara lelaki Bantilan Esmail, dan jurucakap Abraham Idjirani.

'Puteri' dan ibunya sepatutnya tampil ke bahagian siasatan teknikal NBI (TID) pada jam 2 petang pada Selasa lalu untuk "menyerlahkan insiden Sabah", menurut sepina yang ditandatangan oleh Pengarah Nonnatus Ceasar Rojas dan ketua TID Palmer Mallari.

Kiram, saudara lelaki dan jurucakapya sepatutnya tampil keesokan harinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan