-
March 2, 2013
1340
27
0
Isu mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah memang menjadi topik terhangat pada masa kini.
Ramai yang mula menyuarakan pendapat masing-masing di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Termasuklah salah seorang selebriti yang amat terkenal dengan suara lantangnya iaitu Abby Abadi.
Seperti yang diketahui Abbay Abadi kini sudah pun memasuki perjuangan di bawah paksi Pakatan Rakyat.
Semalam, menerusi Twitternya, Abby meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila pihak kerajaan lambat mengambil tindakan mengenai Lahad Datu sehinggalah menyebabkan kematian dua orang pejuang tanah air.
Anda boleh baca sendiri antara isi-isi ‘luahan’ hati Abby di bawah ini.
Setiap orang sememangnya mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing.
Tetapi tidak usahlah menuduh bukan-bukan jika tidak tahu perkara sebenarnya.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar tentera Malaysia terus selamat demi memperjuangkan negara.
Insyallah..
Oleh: KASIH ISA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan