Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 19 Mac 2013

Puaka Rosmah Buru Nyawa Deepak Pula

puaka rosmah

 

    March 19, 2013


38
 
0
 
0
 

SELEPAS kematian penuh misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam Jumaat lepas akibat ‘serangan jantung’, negara sekali lagi digemparkan dengan kematian peguam DCNS – syarikat yang menghasilkan kapal selam Scorpene di Perancis, Olivier Metzner dipercayai akibat ‘bunuh diri’.

Walaupun kedua-dua kematian ini berlaku dalam jarak beribu-ribu batu tapi laman ini yakin kedua-dua kematian tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain, walaupun sukar untuk dibuktikan sekarang.

Tapi kalau nak difikirkan logik, hanya puaka dengan kuasa tidak terbatas seperti itu sahaja yang mampu merealisasikan perkara yang agak mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.

Maklumat yang diperolehi laman ini menunjukkan mangsa seterusnya ialah peniaga karpet, Deepak Jaikirshan. Tanda-tanda ke arah itu sudah bermula dengan sumber yang rapat dengan keluarga Deepak memaklumkan laman ini bahawa Deepak sudah mula kelihatan tidak terkawal, gemar bersendiri dan kadang kala cuba berlari keluar dari rumah tanpa pakaian.

Kami tidak menipu atau cuba mengada-ngadakan cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan