Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 13 Mac 2013

'Kami hormati keputusan Sabah sertai M'sia - Pengerusi MNLF



Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata pengerusinya Muslimin Sema.
  
Beliau berkata rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lepas dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.
  
"Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri. Mereka telah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itulah pendirian kami," katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila hari ini.
  
Muslimin, yang juga naib datuk bandar Cotabato City di selatan Filipina, berkata dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.

"Mereka telah membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu," kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera.

"Mereka hidup dengan selesa dan makmur di Sabah, keadaan yang tidak mungkin dapat mereka nikmati sekiranya terus berada di selatan Filipina. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka berikutan apa yang berlaku sekarang," katanya.
  
Beliau berkata MNLF menganggap Sabah dan Malaysia sebagai "abang kami".
  
Demikian kata Muslimin apabila diminta mengulas tindakan Jamalul Kiram, yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Sulu, untuk mengambil alih Sabah, sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi, yang didakwanya menjadi sebahagian daripada wilayah milik kesultanan itu.
  
Kata Muslimin MNLF tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan Jamalul Kiram itu.
  
Tiga minggu lepas, Jamalul Kiram menghantar kumpulan bersenjata yang diketuai adiknya Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu untuk menuntut Sabah yang didakwanya sebagai kampung halaman nenek moyang mereka.

Tindakan mereka mendapat tentangan daripada pasukan keselamatan Malaysia, yang membuat kepungan dan seterusnya melancarkan serangan udara dan darat bagi membanteras kumpulan itu setelah tempoh akhir untuk mereka meletakkan senjata ditangguh beberapa kali.

Sehingga kini, operasi keselamatan dikenali sebagai 'Operasi Daulat' itu meragut nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia dan 56 pengganas.
Mengenai dakwaan media asing dan pegawai perisik Filipina bahawa beberapa pihak berkomplot dan menghasut Jamalul Kiram supaya membuat tuntutan terhadap Sabah, Muslimin berkata dakwaan itu perlu disiasat.

Dakwaan itu menyebut bahawa pengganas bersenjata "dipelawa" ke Sabah oleh beberapa ketua yang memihak kepada parti pembangkang Malaysia.
  
Muslimin berkata beliau yakin Jamalul Kiram "tidak mempunyai kemampuan" untuk melaksanakan operasi bersenjata yang rumit, termasuk menghantar pengganas bersenjata untuk menyeberangi laut ke Sabah.
  
"Agak memeranjatkan apabila mereka berkeupayaan menghantar satu ekspedisi (ke Sabah) seperti itu. Bukan mudah untuk pergi ke negara lain dan membunuh orang," katanya.
  
Diminta mengulas dakwaan bahawa setiap pengganas bersenjata yang melakukan pencerobohan di Sabah diberi upah US$600, pemimpin MILF itu berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.
  
Ditanya tentang hubungan antara bekas pemimpin MNLF Nur Misuari dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muslimin berkata kedua-dua mereka kenal satu sama lain.
  
"Saya tidak berapa tahu (tentang hubungan mereka), tapi mereka kenal satu sama lain ketika Misuari menjadi gabenur Wilayah Autonomi Islam Mindanao," katanya.
  
Menjawab satu soalan, Muslimin berkata MNLF akan menyiasat dakwaan anggotanya terlibat dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.
  
Katanya MNLF juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut identiti pemimpin kumpulan pengganas itu yang dikenali sebagai 'Komander Musa', yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Tanjung Batu, Lahad Datu.
  
- Bernama
Respon Menarik:
Abu Salam Abdullah · Pengulas Tertinggi · Kuantan

Umno dan fitnah bukan sesuatu yg pelik bagi mereka yg kenal amno sejak sebelum zaman merdeka lagi. dulu PAS pun difitnah jadi agen komunis. NGO atau parti haluan kiri pemimpinnya ditangkap atas alasan bersetongkol dengan komunis. PKMM, AWAS, API, SEDAR dan banyak lagi. yang tinggal cuma anak didik british saja, umno dan sekutunya. sejarah boleh berlaku semula dengan keadaan dan situasi yang berlainan tapi mempunyai matlamat yang sama. 
Dalam keadaan umno skrg yang mempunyai 'penasihat' APCO, lagi la banyak strategi dan muslihat uutuk melumpuhkan lawannya dan cara untuk kekal berkuasa. Matlamat menghalalkan cara. mereka 'pemain catur' yang sanggup mengorbankan bidak-bidak...apa pun takziah kepada keluarga wira negara yang terkorban. Al fatihah untuk wira negara yang ikhlas berjuang demi negara. 

Jurutalqin Umno · Pengulas Tertinggi 
Antra sekutu dalam KrajaanBesar-Iblis adalah sihir-Dajjal & illuminati-zionis. APCO adalah 1 dari agensinya mengandungi unit risikan Israel dilanggan umno sebagai penagarahan skrip melaga-lagakan kalangan ikan-bilis(rakyat) hingga darurat, anjing yang merintangi kebangkitan ulama, merompak petroleum, menjahnamkan akidah umat & wayang santaClaus sebagai kosmetik-indah menutup kurap-busuk segala-galanya dieksploitasikan sbgai agenda War-Room bagi menyelamatkan jerung-jerung-buncit & diktator negara termasuk Filipina & Singapura pro-US.

4 Perkara haram dalam umno adalah 1988 diharamkn mahkamah, mandat-haram dari demokrasi-tempang, haram bersekongkol dengan pembunuh IslamPalestin & haram manipulasi 3M(money- machinery-media) rasuah sebaran propaganda-fitnah. Umno-K.O bukan pejuang sebenar kmrdekaan ianya hamba-British (eraPrng-Salib) sehinggalah kepada pemalsuan fakta sejarah mengamalkan HukumKarma. 
Umno menjurus umat pada statistik murtad yang mencemaskan antaranya teks khutbah solat jumaat/raya yang sumbang pengisiannya, jahilliah-moden, dayus, pemikiran tahap lembu-kondo, peningkatan kadar dadah/jenayah/ kemungkaran-sosial & zakat-baitulMal lembab. Trio Detjal-Jiblis-RosPoka terselindung banyak misteri antaranya MenteriKewangan defisit-muflis, gundik-liwat-C4 terhadap Altantuya/ AminahAbdullah sedang mengandung, mykad pengundi-palsu & konspirasi bunuhan-karektor DSaAnwarIbrahim. 
Muhasabah & kita bangkit sertai daulah ulama sebagai pilihan ALLAH yang diutus-NYA mewarisi keNabian menyelamatkan umat dari kepungan serigala-iblis. Syurga bukan murah takad telapak kaki-ibu, hakikat harta-ilmu-haji takkan setanding nilai stitis airmta-jihad kalah-menang terjminnya syafaat-Rasulullah rezha-ALLAH. 
Jika sebaliknya umat jadi tunggul maka tunggulah bala-bencana kemurkaan-NYA menimpa semua. Jawapan penyelesaian mengatasi segala huru-hara M'sia adalah PakatanRakyat pro-ulama lebih Islamik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan