Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 20 Mac 2013

Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah?


Jamalul Kiram III nekad dan rakus mahu kuasai SabahNampaknya, Jamalul Kiram III nekad untuk mendapatkan Sabah!! Setelah tidak dilayan oleh Kerajaan Filipina, beliau cuba meraih sokongan pula dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia di dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.

Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Jamalul Kiram III nekad dan rakus mahu kuasai Sabah
Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III dalam temuramah berkenaan.

Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan di dalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak. ~ MPP News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan