Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Kerajaan Umum 3 Bantuan Untuk Mangsa Insiden

Kerajaan Umum 3 Bantuan Untuk Mangsa Insiden

    March 12, 2013

61
 
0
 
0
 

LAHAD DATU – Kerajaan hari ini mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Bagi pembinaan semula, Muhyiddin berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.
 
“Kerajaan sedar dengan Ops Daulat yang berjalan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan biasa dan pencarian nafkah kerana kebanyakan penduduk terlibat tinggal di kawasan zon merah.

“Disebabkan mereka tidak boleh keluar bekerja dan rumah mereka musnah atau rosak dalam Ops Daulat ini, kerajaan bersetuju selepas bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi bantuan kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Dewan Serbaguna Cenderawasih, Felda Sahabat, di sini, hari ini.

CPs:

Musibah perang amat besar belanjanya. Terkenang Jepun yang kena sasaran bom atom. Tentunya Felda akan endapat bantuan yang sewajarnya sebab ladang mereka menjadi MEDAN perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan