Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 18 Mac 2013

PSBS Gesa Pengganas Sulu Di Tukar kepada Pengganas Kiram?

 
Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.
 
Pemangku Presidennya, Faizal Sisar (gambar) berkata, tindakan melabelkan penceroboh sebagai pengganas Sulu turut terpalit tempiasnya kepada masyarakat Suluk yang menetap di Semenanjung.
  Katanya, pihaknya tidak mahu masyarakat Suluk di negara ini turut dilabel pengganas gara-gara tindakan kejam penceroboh Kiram.  “Kita menggesa kerajaan dan media melabelkan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram kerana kami masyarakat Suluk di negara ini tidak mahu terpalit dengan insiden berkenaan. Kita tak mahu turut dianggap pengganas,” katanya.

Somber: Sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan