Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Faizal Hussein Tak Akan Demand



     March 12, 2013


63
 
0
 
0
 

Pelakon yang baru saja memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 25 baru-baru ini menyatakan dia tidak sesekali akan bersikap demanding dalam menerima sesuatu tawaran berlakon yang diberikan kepadanya.

“Buat pengetahuan anda, sebelum ini saya pernah bekerja dengan pengarah dan produksi yang teruk. Namun, saya ambil pendekatan positif dengan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja lakonan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Anak bongsu kepada pasangan pelakon veteran, Allahyarham Hussein Abu Hassan serta Mahyon Ismail turut menyatakan dia akan mengambil sesuatu tawaran itu berdasarkan kepada kelapangan jadualnya.

Filem Bunohan arahan Dain Said yang menampilkan Faizal membawakan watak sebagai seorang pembunuh upahan dilihat menjadi titik tolak kepadanya untuk membuat comeback dalam bidang seni lakonan tempatan.

Bakat lakonan pelakon yang mempunyai dua orang anak, Fazryn, 8, dan Fazrick, 5, hasil perkahwinan dengan Suhaila Sulaiman ini memang tidak perlu dipertikaikan sejak dari dulu lagi.
Moga kerjaya lakonan Faizal bakal terus mekar sehingga mampu meletakkan harga serta maruah pelakon senior sepertinya di tahap yang paling tinggi.

Oleh: JULIANA JOHAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan