DZIRHAN Mahadzir, seorang self proclaimed penganalisis pertahanan, menulis dengan panjang lebar dalam satu ruangan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris, mempertahankan TUDM kenapa serangan bom oleh pesawat pejuang mereka pada pagi Selasa dalam Operasi Daulat, gagal menghapuskan seorang pun anggota tentera diraja Sulu.
Antara yang disebut Dzirhan adalah
benda-benda sama yang disebut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral
Tan Sri Zulkifli Mohd Zin sebelum ini. Cuma dalam ulasan Dzirhan itu
ada tokok tambah dari segi perbandingan dengan strategi negara lain dan
sebagainya yang tidak ada kaitan dengan insiden di Lahad Datu sekarang.
Di satu ruangan yang lain, juga dalam
akhbar berbahasa Inggeris, seorang wartawan memetik kata-kata seorang
juruterbang TUDM bahawa bom seberat 500 lbs yang dilepaskan pada hari Selasa itu mampu memusnahkan (ayat digunakan vaporized) tubuh badan manusia yang terkena kesan ledakannya.
Macam dalam cerita Star Trek itulah. Menyedihkan betul.
Pedulilah vaporized atau tidak, kalau vaporized sekalipun,
mesti ada kesan-kesan yang boleh dijadikan bukti kejayaan letupan bom
itu, ini apa pun tidak ada, walaupun satu cebisan baju dan daging.
Moral cerita, TUDM secara tidak langsung mengakui kegagalan juruterbang mereka untuk menghapuskan ancaman tentera diraja Sulu ini, dilihat dari cara mereka menggunakan media dan orang yang tak tahu keluar hutan mana (tapi mengaku penganalisis pertahanan), untuk menulis mengenai strategi yang digunakan mereka dalam operasi tersebut.
Peralatan canggih tidak berguna kalau orang yang mengendalikannya bodoh dan kurang mahir. Dalam soal penggunaan bom panduan laser Paveway II ini, tugas juruterbang TUDM berkenaan dimudahkan oleh sasaran yang telah ditanda oleh pasukan khas tentera udara (PASKAU) dibawah.
Kami ulang, sasaran ditanda!!
Itupun, tak berjaya juga membunuh musuh? Ini bodoh jenis apa, berlatih ke tidak?
Nampaknya membazir sahaja kerajaan menggunakan wang rakyat yang banyak
untuk membeli peralatan canggih seumpama ini tapi hanya untuk
diserahkan kepada tangan yang kurang cekap untuk mengendalikannya.
Dalam hal ini semua pihak terlibat ada
kesalahannya, kerajaan BN salah kerana beli peralatan yang tidak mampu
dikendalikan juruterbang dan TUDM kerana gagal menghasilkan juruterbang
yang cekap dan berkebolehan untuk menjayakan operasi yang diarahkan
kepada mereka.
Tapi dalam hal ini, laman ini lebih
banyak melihat kesilapan itu disebabkan oleh kegagalan juruterbang
terbabit kerana banyak wang telah digunakan untuk melatih mereka, tapi
hasilnya tetap mengecewakan.
Walaupun sumber laman ini menyebut,
juruterbang skuadron F/A-18D Hornet ini diiktiraf sebagai antara
kumpulan juruterbang terbaik dalam TUDM. Dalam erti kata lain, hanya
yang terbaik sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan F/A-18D, yang
kurang baik akan diserapkan ke dalam skuadron MIG-29N, Hawk atau paling
tidak, disuruh membawa helikopter!!
Terbaik taik apa macam ini, gugur bom di kawasan yang siap ditanda pun masih tidak mampu membunuh semua tentera diraja Sulu terbabit. Maka itu, tidak hairanlah kenapa krisis masih berlangsung sehingga sekarang dan menyusahkan penduduk.
Pakatan Rakyat dengan ini mendesak TUDM mengubah keseluruhan regim latihan mereka,
terutama yang menggunakan F/A-18D ini kerana jelas terbukti ia hanya
membazirkan hasil rakyat. Bom yang meletup itu bukan murah harganya
tapi hasilnya ternyata mengecewakan.
Jika tidak, sebaik Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan nanti, semua juruterbang F/A18D-Hornet sedia ada akan digantikan dengan kumpulan juruterbang yang benar-benar berkelayakan. Lebih baik mereka bawa lori tentera, ada juga faedahnya. Kalau rosak atau mengalami kegagalan, taklah tinggi kos yang perlu ditanggung rakyat.
apa nak hairan..dah terbukti tak cekap
diaorang tu dibayar gaji untuk bawa jet, rakyat bayar cukai supaya kerajaan beli jet, apa pulak penulis artikel ni yang kena bawa jet sendiri? bodoh ke gila?
sulu mana tau bom jatuh mana, tapi pilot tau.so soalan, apsal tak kena? siapa bangang? takkan aku yang takde kena mengena ni bangang, pilot itulah bangang
kau ingat rakyat nak peduli ka? rakyat mahu tahu bom yang harga juta juta tu kena ke tak kena. sekarnag terbukti tak kena, lagi apa mau cerita banyak? skang siapa salah bila tak kena? pilotla bodoh
buat rombakan dari segi pengurusan TUDM, pecat jeneral korup, buang pilot yang bodoh, ganti lain.
kau cakap perangkap, jeneral ATM kata nak buat clearance, melainkan jeneral ATM tu maksud Auto teller machine, aku boleh cayalah cakap kau. mana satu betul pun tatau, yang penting, hasil tetap tidak ada
Sapa yg buat berita ni????tau ker strategi peperangan????jng la menunjukkn kebodohan anda..
Ingat pilot TUDM tu bodoh…kalo di bom,pasti berkecai badan…
Info yg sya terima melalui anggota keselamatan di sana,bom yg digugurkn adalah utk membuat pengganastu semua lari dr tempat persembunyian…
Mereka nk tangkap hidup pengganas tu semua…
Aku tertanya2 mana pemimpin pembangkang semua???xder ke yg pergi ke lahat datu utk memberi sokongan moral pada anggota keselamatan atau pn pada penduduk setempat???ini tidak mencari kesalahan org lain jer…nampak sangat gila kuasa nk tadbir negara…
Aku rasa la,kalo msia ni berperang la,puak2 pembangkang ni la akn mati dulu atau pn menjadi tali barut…
The only thing is correct here is type of aircraft they use.
1. Type of bomb Paveway II. Wrong.
2. PASKAU marked the target. Wrong.
3. Bombs were dropped at the wrong place. Wrong.
Why they used bombs? Why need air support?
Even the ops area is FELDA, but the place where those people hiding (sulus) is canopy forest covered about 70-120 feet tall tree. No gun can be fire from the air that can thru the canopy. No rocket can thru the canopy. Mortar and bomb are the most suitable. Are they the best? No.. What are the best for counter this kind of environment? Napalm and cluster bomb. Why we arent using it? Because under Ottawa Treaty, those bomb are prohibited. Why such a great country cant defeat the Vietcong? The same problem.. But at least, they can use napalm to burn the forest.
The pilots are incompetent? Please ask from foreign country such as US, S’pore, Aussie, the Brits. Ask them about RMAF pilot. The more we ask, the more we study.. The widen our view.
Did u know, there’s a test pilot from Boeing stays in F/A -18D RMAF sqn just to ensure the pilots there up to US and Boeing standard? Because the incompetent pilots will reflect the aircraft capabilities? Showing very bad quality of the aircraft? The test pilot wont compromise with the standard. Did u know how much the Hornet operator around the world respect RMAF Hornet operator and verbally said during Annual Hornet Conference?
After all, i can debate with 1000 wise people but i cant debate with one stupid person.. Coz of why? They just cant understand.
Conclusion: This entry opened the ATM’s personnel eyes, at least they know, they cant find good in opposition either and hopefully will help them to decide better in the next GE.
haiyaa, so many conflicting statement. i think they just refer what was published in the mainstream media, some say paveway II, some say free fall bomb. The fact is, non of the 53 sultanate soldiers that had been killed so far, is died from the bombing, all of them was shot by the ground soldier
CPs:
Debat yang tak usai. Jangan sesama penyokong bercakaran; sudahlah. Inilah hasil peperangan; masih tak usai banyak kes sesama lain fahaman; satu fahaman, rakan-rakan pun musih & seteru asyik bercakaran. Korban di medan perang bertambah paling terbaru kanak-kanak 12 tahun menjadi mangsa. Pelarian perang bertambah ramai. Kos perang bukan murah. Siapa mahu tanggung?
Yang lebih pelik bertambah lagi yang mengaku Raja Sulu. Secara lojik yang dikejar adalah pengganas apa pula kena mengena dengan Raja Sulu yang tumbuh bagai cendawan... Pengganas bersama kerabatnya Kiram III sebenarnya Raja Sulu mana satu. Yang tetiba di Sabah pun ada Raja Sulu. Di Filipina pun ada ada Raja Sulunya. Ramai amat Raja Sulu ni. CPs rasa amat pening eh.