Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 19 Mac 2013

Polis: Empat pertempuran di Lahad Datu semalam



Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, di Lahad Datu semalam.

Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini.

Beliau berkata dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

Segala laporan siasatan telah siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.

"Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya.

Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Feb lepas mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain.

- Bernama

Nusantara Raya · Pengulas Tertinggi
Setuju ! kebanyakan bekas tentera pernah ke hutan berdepan dengan PKM !! . dan mati nya tak pernah dinaikan pangkat macam sekarang seolah matinya ditimbus dengan wang !! dan Pangkat. Tentera dulu !! masuk hutan keluar tak dapat apa pun !! beza ! tentera yang tak dapat apa dengan tentera yang dapat BR1M !!!



  • Nusantara Raya · Pengulas Tertinggi
    Dulu tetera masuk hutan !!kena jerangkap Samar !masuk hospital tentera !! yang di buat dari rumah kayu !! kita tentera terkena nyamuk pun masuk kelas pertama!!

Azhar Yusof · Pengulas Tertinggi
Dalam empat pertempuran dengan pengganas dari jam 08 hingga 17 tiada kecenderaan dikedua-dua pihak cuma dapat tangkap 3 orang yang lain mana pergi dapat lari ke mana agak-agak nya 9 jam sudah dikepong ...... aahhh pening-pening kepala lutut letih.

Tenggiling Landak · Pengulas Tertinggi · Kolej Utusan Mahaguru
Petempuran di Tanjung Batu, Lahad Datu . . . . tetapi yang 3 orang ditangkap di Sandakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan