Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Azzimudie masih di Sabah, dakwa 'kesultanan' Sulu


5:15PM Mac 16 2013  
Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

NONEAgensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.

 
Nusantara Raya · Pengulas Tertinggi
Ada atau tidak Azzi di Sabah !! bukan isu... Isunya sekarang bagai mana orang luar boleh keluar masuk negara tanpa guna Pasport ?.. ini jelas kelemahan yang terulung bagi pihak penjawat awam !! saban tahun PM beri bonus !! tapi kerja hancur !! KPI penjawat awam boliau !! tapi gaji dinaikan????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan