-
March 10, 2013
5
2
0
LAHAD DATU – Masyarakat Malaysia diminta tidak lagi menggelar kumpulan bersenjata yang menimbulkan kekacauan di negeri ini sebagai ‘Tentera Diraja Kesultanan Sulu’ kerana mereka bukan sebuah pasukan tentera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebaliknya berkata, kumpulan bersenjata terbabit merupakan pengganas yang tidak langsung layak untuk disamakan dengan satu pasukan yang terhormat seperti tentera.
“Jangan lagi menggelar kumpulan pengganas itu sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Masyarakat Sulu di Sabah juga tidak wajar dikaitkan dengan kumpulan itu yang melakukan kejahatan dan bertindak ganas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat Suluk di di sini semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo sangat ganas dan mengancam kehidupan masyarakat setempat termasuk yang beragama Islam.
Justeru, jelas beliau, kejahatan kumpulan itu tidak boleh dikaitkan dengan kaum tertentu kerana sikap tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan bukan disebabkan unsur kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan