The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.
“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.
Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.
Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.
Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.
Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.
Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.
Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.
Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.
Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.
ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.
Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.
Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina. -Yahoo news
Anonymous said...
March 21, 2013 at 9:28 AM
Dalam akta sewa; mana mungkin penyewa mahu miliki apa yang disewa kecuali sewa beli. Sering akta yang dipinda oleh kerajaan Malaysia terutama akta tanah akan sentiasa memerangkap yang empunya tanah. Ini jelas & kerap berlaku.
Mereka yang tak pernah kena rampas tanah milik pusaka nenek moyang pasti tak rasa musibah akta tanah ini. Mainan akta tanah ini nampaknya kian mendapat balasan Ilahi. Para wirawan serta perajurit yang menjadi mangsa. Agar roh mereka yang gugur dikedua-dua pihak yang berbalah ini akan aman di sana. Insya-Allah "tangan ghaib" yang memulakan pergelutan ini selepas & sebelum merdeka akan mendapat balasan yang setimpal di dunia lagi; di akhirat nanti lagi nazak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan