Mereka bergerak daripada Semporna sekitar jam 8 malam pada Ahad dan tiba di Sitangkay, pulau terakhir dalam jajaran TawiTawi dan paling dekat dengan Semporna pada paginya, lapor InterAksyon.
Media yang berpangkalan di negara jiran itu juga melaporkan, di Semporna, enam pegawai polis Malaysia dan enam warga Filipina terbunuh minggu lagu selepas berlaku pertempuran antara pihak berkuasa negara itu dan pihak 'kesultanan Sulu'.
Kumpulan itu memberitahu Pasukan Petugas di Tawi Tawi bahawa mereka tidak sempat membawa makanan dan wang ringgit kerana bersembunyi beberapa hari bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menjejak warga Filipina tanpa dokumen dan pihak yang disyaki menyokong 'kesultanan' itu.
Pasukan petugas itu ditubuhkan bagi menangani kebanjiran warga Filipina yang dijangka pulang dari Sabah bagi mengelakkan diri daripada pertempuran dan tindakan keras pihak berkuasa Malaysia.
Afendi Ali ·
kesian,
ditakdirkan bahawa salah sorang drp 52 orng itu adalah kamu, kamu nak
sombong jugak ke, jadi hamba Allah ni nak cakap fikir dulu, jgn pakai
sedap mulut jer, nasib kita belum tahu apa akan jadi besok...
♥
Johnny Tung ·
Satun berita
yang baik, mindanau dah aman, eloklah mereka balik menyumbang daripada
hidup melarat di pondok buruk, Sabah bukanlah syurga.
♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan