Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 20 Mac 2013

Anwar: Aquino tak kaitkan saya dengan Lahad Datu


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Presiden Filipina Benigno Aquino III tidak pernah mengaitkannya dengan pencerobohan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar memetik sumber Filipina yang memberitahunya bahawa hanya pembangkang Filipina yang mempunyai tangan dalam kes itu.

"Kami, pembangkang (di Malaysia) tidak pernah disebut," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak terkejut jika pihak berkuasa Malaysia mahu mengesahkan dakwaan penglibatannya.

"Saya ada sebab yang baik untuk mengesyaki terdapat tanda jelas untuk mengaitkan kami dengan seluruh episod ini," kata Anwar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan