|
Pengasas dan Pengasasan Melaka
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan.Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi.Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.
Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :
“ | Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia | ” |
Perkembangan Melaka
Sultan Melaka | Tempoh memerintah |
---|---|
Parameswara (Raja Iskandar Shah) |
1400 – 1414 |
Sultan Megat Iskandar Shah | 1414 – 1424 |
Sultan Muhammad Shah | 1424 – 1444 |
Sultan Abu Syahid | 1444 – 1446 |
Sultan Muzaffar Shah | 1446 – 1456 |
Sultan Mansur Shah | 1456 – 1477 |
Sultan Alauddin Riayat Shah | 1477 – 1488 |
Sultan Mahmud Shah | 1488 – 1511 |
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu
CPs terfikir:
Kesultanan Sulu semakin hari semakin ditelan sejarah. Penjajah telah pun memecah belahkan kedaulatan Sultan Sulu di rumpun Melayu satu demi satu; bukan mustahil jika kaum Melayu tak sedar & tidak lagi memekang sejarah tau jati diri bangsa yang hilang ini; tiada lagi Agong atau Sultan-Sultan di Malaysia yang dulunya nama Tanah Melayu. Isu ini amat sensitif dibicarakan sebab hari ke sehari kuasa/daulat Kesultanan Melayu semakin dicabar oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Sekarang pakar sejarah korap berbangsa asing akan ambil jalan mudah; akan berkata Sultan-Sultan ini dongeng belaka. Seperti keujudan Hang Tuah & Sahabatnya; ada seorang pakar kaum cina kian menafikan keujudan Pahlawan Hang Tuah yang dibanggakan oleh semua generasi Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah
Bila kita menungkan sejenak kenapa Melaka tiada Sultan; apakah kerabat Sultan Melaka ini berpecah seperti Sultan Sulu. Bibit sejarah Melaka telah pun berlalu sejak 1511. Kini kita melihat drama yang baru nak selasai bagaimana Kesultanan Sulu bukan sahaja digayang oleh British malahan kini sesama rumpun Melayu semakin menidakkan keujudan gahnya Kesultanan Sulu ini. Pakar sejarah senang-senang mengata: "Kedaulatan Kesultanan Sulu telah lama diberikan kepada orang lain" alahainya mudahnya ayat pakar sejarah modenan menitikkan sejarah; membuat ulasan songsang di corong radio yang amat aib ini.
Sebab itu jika mengkaji penyelewengan sejarah; Pemimpin Melayu yang bersama menuntut kemerdekaan RAMAI telah dibuang namanya dalam Sejarah Malaysia. Tetapi sejarah Tanah Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) berbeda nama pejuang ini tetap lengkap. Hatta kian ada Sejarah Asing atau Sejarah Penjajah menconteng sejarah tanah air yang membuatkan perjanjian MUDAH membuangkan martabat sultan, rakyatnya & penghapusan eknik bagai berlaku di barat sana. Orang Red Indian dihapuskan ekniknya secara terang-terangan tanah air mereka dirampas semaunya. Ujud mereka di zaman kini sekadar meraikan pesta atau jadi bahan tontonan hiburan semata.
http://en.wikipedia.org/wiki/Native_Americans_in_the_United_States
CPs memang tak setuju nilai sejarah yang begini. Ini adalah cara hidup & peraturan barat yang berpaksi kepada Undang-Undang Rimba yang kejam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan