Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 9 Mac 2013

Mayat Chavez akan diawet

Pewaris politik Hugo Chavez berkata, bekas Presiden Venezuela itu akan diawet ‘seperti Lenin’ dan dipamerkan di tempat dia pernah merancang rampasan kuasa. Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata, mayat Chavez akan dibawa ke Muzium Revolusi yang pernah menjadi berek tentera.

“Chavez akan diabadikan dalam keranda kaca seperti Ho Chi Minh, Lenin and Mao Zedong,” katanya. Chavez pernah merancang untuk menggulingkan Presiden Carlos Andres Perez pada 4 Februari 1992 tetapi cubaannya itu gagal. Penahanan Chavez menjadikan dia seorang wira dan membuka jalan kepadanya memenangi pilihan raya pada 1998. Bagaimanapun, Maduro membayangkan mayat Chavez itu akhirnya akan dipindahkan ke tempat lain untuk disemadikan. Sementara itu, ketika ratusan ribu orang bertali arus memberi penghormatan terakhir kepada Chavez di sebuah akademi tentera, pegawai kerajaan berkata, Maduro akan mengangkat sumpah sebagai pemangku presiden hari ini sebelum mengumumkan pilihan raya.

Namun, ketika ketegangan politik dijangka berlaku, majlis mengabadikan Chavez juga dilanjutkan.

Kata Maduro, peluang untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Chavez mungkin berlangsung sekurang-kurangnya tujuh hari lagi. Bekas anggota separa tentera, Chavez membawa fahaman sosialis untuk memperjuangkan nasib golongan miskin Venezuela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan