Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Najib dicalon untuk anugerah 'Aiyoh ... Wat Lah?!'


4:20PM Mac 12 2013  
Kumpulan Tindakan Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) hari ini mengumumkan senarai calon untuk anugerah 'Aiyoh... Wat Lah? 2013' bagi kenyataan yang paling seksis, benci wanita (misogynistic), gay dan lesbian (homophobic) serta golongan yang bermasalah jantina (transphobic).

NONEDan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut disenaraikan sebagai calon bagi salah satu daripada tujuh kategori anugerah tersebut - kategori "menghina kebijaksaan'.

JAG juga menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam pengundiannya yang akan berakhir pada 5 April.

Anugerah 'Aiyoh... Wat Lah?' adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh JAG - gabungan sembilan NGO - untuk meningkatkan kesedaran mengenai apakah seksisme, misogynistic, homophobia, dan transphobia, serta untuk menggalakkan standard yang tinggi dalam wacana awam mengenai gender dan seksualiti oleh tokoh-tokoh dan institusi awam.

Anugerah itu memfokuskan kepada kenyataan dan tindakan awam, dan bukan pada individu atau institusi.

NONETahun lepas Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Taat Suami adalah antara yang menerima anugerah 'Aiyoh... Wat Lah?'.

Dipilih daripada laporan media pada tahun 2012, calon-calon akan disenaraikan di bawah tujuh kategori dan kenyataan Najib dicalonkan di bahawa kategori "menghina kebijaksaan'.
Ini adalah kenyataan perdana menteri yang dilaporkan berkata  "tidak perlu ada pergerakan hak wanita di Malaysia" kerana kesaksamaan telah diberikan 'sejak mula' lagi.

Menurut JAG, kenyataan itu bertentangan dengan hakikat bahawa kedudukan Malaysia adalah teruk dalam Laporan Jurang Gender Global Forum Ekonomi Dunia 2012 - di kedudukan 100 daripada 135 negara.

Menurutnya, senarai pendek bagi calon-calon untuk 2012 menyaksikan pengekalan sikap diskriminasi khususnya terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan