Sekumpulan
NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pakatan NGO Pro-BN" hari ini
menghantar memorandum kepada kedutaan Filipina, antaranya bertujuan
mendedahkan fakta sejarah tentang pemilikan Sabah serta menyelar laporan
media negara itu yang didakwa berat sebelah.
Presidennya, Zulkarnain Mahdar (bawah, berbaju putih) berkata, NGO tersebut juga sanggup untuk menaja tiket pergi dan balik wartawan daripada media Filipina ke Sabah bagi memberi gambaran sebenar situasi di Lahad Datu.
"Media Filipina banyak buat laporan yang salah tentang keadaan di sana. Mereka salah lapor atau sengaja salah lapor kita tak pasti. Mereka kata, askar, polis dan rakyat kita tak buat tindakan sewajarnya pada rakyat Filipina.
"Saya baru balik dari Sabah dan tidak ada apa-apa (yang berlaku). Mereka salah lapor. Sebab itu kita jemput.
"Saya juga nak beri peringatan khusus kepada (Jamalul) Kiram, kami yang mempunyai seramai 125,000 ahli ini akan juga akan isytihar syahid kepada Kiram sekiranya dia teruskan cita-citanya. Mereka jangan ingat kita ini pengecut," katanya pada sidang media selepas menghantar memorandum.
Pencerobohan oleh pengganas yang mengaku sebagai "tentera diraja kesultanan Sulu" di Lahad Datu yang bermula pada 1 Mac lalu telah mengorbankan seramai 9 anggota keselamatan.
Sehingga hari ini, Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac masih lagi berjalan bagi membersihkan pengganas di Lahad Datu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan