Baca Laporan Bernama:
Ceroboh Sabah: Najib Arah Siasat Dakwaan Pemimpin Pembangkang Terlibat
Ceroboh Sabah: Najib Arah Siasat Dakwaan Pemimpin Pembangkang Terlibat
KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan
bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah.
Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu
memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian
itu.
Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa
negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan
tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa
sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar
kepada kerajaan Filipina.
"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas,
guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh,
dekat sini hari ini.
Baca pula laporan MK:
SPR Sabah: Tak timbul Soal Tangguh P'raya
[MK] Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, Datuk Idrus Ismail berkata
suruhanjaya itu akan membuat keputusan berhubung penangguhan pilihan
raya “apabila tiba masanya” jika darurat terpaksa diisytiharkan di
negeri itu.
“Kita akan putuskan apabila tiba masanya. Marilah kita (bersikap)
positif dan berdoa agar (kejadian pertempuran melibatkan penceroboh
asing) akan tamat secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pilihan raya boleh
ditangguhkan sekiranya darurat diisytiharkan selepas parlimen
dibubarkan.
Idrus diminta menjelaskan perkara itu susulan serangan demi serangan oleh penceroboh bersenjata di kawasan pantai timur Sabah.
Katanya, pilihan raya tersebut tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.
“Tidak timbul sebarang penangguhan kalau perdana menteri sudah bubar
parlimen. Ikut undang-undang, pilihan raya umum mesti diadakan dalam 60
hari,” katanya.
Beliau juga menyerahkan isu berkenaan untuk diputuskan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau perlu
mengkaji peruntukan undang-undang sebelum dapat memberi kenyataan
berhubung soal berkenaan.
"Biar saya kaji dulu dengan teliti semua undang-undang yang berkaitan
sebelum menjawab soalan-soalan," katanya melalui SMS kepada
Malaysiakini.
Beliau ditanya demikian hari ini susulan serang hendap oleh satu pasukan
bersenjata ke atas sepasukan anggota polis kita di Semporna, Sabah
dalam kejadian pada malam tadi....
P/s: TM bukanlah peminat tegar Anwar Ibrahim. Namun, usaha mengaitkan
tokoh PR ini dengan pelbagai macam kejahatan dan perkara negatif amat
melucukan. Beliaulah ejen Cina, ejen India, ejen Yahudi, ejen AS, ejen
IMF, ejen LGBT, ejen maksiat, pengkhianat negara, dalang di balik
kejadian amuk di Putrajaya, dan sekarang dikaitkan pula dengan
pencerobohan lanun Sulu.
Isu fundamentalnya ialah sempadan negara longgar hingga mengancam rakyat
di Sabah. Rakyat asing bebas keluar masuk walaupun negara ini dikatakan
memiliki kelengkapan tentera yang hebat. Kita ada radar, kapal selam,
kapal peronda dan segala macam kelengkapan yang didakwa hebat. Tanggapan
itu jika pencerobohan ini tiada agenda tersembunyi. Bagaimana jika isu
pencerobohan ini ada agenda tersembunyi?
Selain isu keselamatan yang longgar, isu kebanjiran pendatang asing di
Sabah bukan lagi rahsia. Malah ada yang mendakwa pendatang asing di sana
sudah mencecah satu juta orang. Sebahagiannya pula diberi kad
pengenalan untuk mengundi parti pemerintah. Hal ini didedahkan di sini.
Rakyat bukan bodoh dan mudah diperkotak-katikkan dengan lontaran tuduhan
yang sukar diterima akal. Cuba baca komen pembaca sinar di sini.
Logiknya, PM sepatutnya menyiasat bagaimana penceroboh itu masuk secara
beramai-ramai ke Sabah dengan mudah, apakah sistem risikan dan
keselamatan kita gagal, mengapa kawasan penceroboh dikepung tetapi
tiada tindakan diambil untuk menangkap atau menghapuskan mereka, mengapa
membiarkan penceroboh berada di Sabah sejak 9 Februari, mengapa
tindakan dan strategi keselamatan kita amat lemah sehingga mengorbankan
anggota polis, mengapakah pasukan polis boleh terpedaya dengan taktik
perang gerila lanun Sulu...dll!
Jika benar pencerobohan lanun Sulu ini tiada kaitan dengan konspirasi
dan seumpamanya, wajarkah seorang PM menggunakan isu ini sebagai modal
untuk menagih undi dalam pilihan raya akan datang. Bukan Anwar yang
dipertanggungjawabkan sebagai PM tatkala negara diserang lanun Sulu,
bukan Anwar yang memegang tanggungjawab mengarahkan pasukan keselamatan
mengawal dan menjaga sempadan negara, bukan Anwar yang merencanakan
projek IC yang kini mengancam kesejahteraan orang Sabah.
Sabah sedang bergolak, di mana PM kita sekarang? Berkempen? Sibuk dengan BR1M? Sibuk memanipulasi kenyataan Tian Chua?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan