Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 14 Mac 2013

Dr M gesa k'jaan haramkan 'kampung air'
 
'Kampung air', rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu di pantai Sabah, tidak sepatutnya dibenarkan lagi, kerana ia  boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir um forum 140313 04"Kita  pernah menempatkan pegawai imigresen di kampung air,
tetapi kini kita menempatkan mereka di darat. Jadi orang asing bebas datang ke kampung air untuk melakukan apa yang mereka mahu.

"Malah jika mereka membawa senjata pun kita tidak boleh periksa... Untuk memeriksa kampung air adalah sukar kerana laluan yang sempit, ia membuatkan kita terdedah kepada serangan (serang hendap)," kata Mahathir ketika menjawab soalan di majlis dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti di Malaysia, anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

mahathir um forum 140313 03"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-
kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran," katanya.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.

Azman Banos · Volunteer di United Nations Human Rights
Aku cabar Tun M ni robohkan perkampungan air di Kg Sim-Sim, Kg Bokara , Kg Tinusa 1 & 2 serta Kg Air di Sandakan ni kalau dia nak kena parang oleh org kampung.... Kerajaan telah rizabkan kg-kg air ini sebgai rizab perkampungan orang-orang tempatan dan pelancongan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan