Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 9 Mac 2013

Penduduk Terus Diingatkan Jauhi Kawasan Operasi



Penduduk Terus Diingatkan Jauhi Kawasan Operasi

    March 10, 2013


80
 
2
 
0
 

KUALA LUMPUR – Penduduk di Lahad Datu, Sabah terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.

“Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan memasuk atau menghampiri kawasan terlibat ini.

“Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran. Sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan,” katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi Ahad.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh setakat ini dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna sehari selepas itu.

– BERNAMA

CPs

Boleh pekak telinga eh kenapa tak dibekal penutup telinga ketika guna meriam  ke apa ni?... nanti askar Amerika gelak tenguk gambar ni diuar-uarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan