Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya.
Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat Pembantu Pegawai Daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram".
Juseru, Rafizi mendesak Perdana Menteri menjelaskan sama ada Azzimudie benar-benar rakyat Malaysia yang terkait dengan "Projek IC" dan sama ada beliau anggota Umno seperti kebanyakan rakyat Sulu di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan