Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Perang akan Tamat

Malaysia tidak pernah mengatakan pertempuran dengan penceroboh ini adalah perang atau perbalahan antara puak Sulu & kerajaan Malaysia ini sengketa besar. Ianya CPs yakin akan segera tamat memandangkan semua penceroboh (kini diuar-uarkan media sebagai pengganas) telah dikepung. Keperluan senjata atau peluru tentunya terbatas bagi pihak penceroboh. Malahan Ops Daulat sentiasa merancang strategi agar tiada lagi nyawa terkorban & pertempuran ini akan selesai dengan kadar segera.

Semalam wirawan Malaysia terkorban dua orang lagi seorang di medan pertempuran seorang lagi kemalangan dalam visi bantuan kepada angkatan tentera. Agar semua roh pejuang ini berada di sisi para Suhada pun aman di sana: al-Fatihah buat mereka yang terkorban.

Tentunya pihak Raja Sulu semakin tertekan dengan situasi kini; apatah lagi warisnya masih belum pulang ke pangkuan keluarga. Bila anggota semua penceroboh semakin kurang keperluan; lapar serta dahaga malahan peluru semakin tiada. Ada beberapa kemungkinan akan berlaku; ini sekadar ramalan CPs. Pertama terpaksa menyerah diri.  Tentunya dalam keadaan yang berat sebab cara yang bagaimana. Sebelum ini diuar-uar mereka pernah angkat bendera putih tetapi menyerang. Jika jalan sebegini rasanya pasti pasukan keselamatan Malaysia tidak dapat mengguna pakai. Cara seterusnya rundingan perletakan senjata; ini juga kerajaan telah cuba laksanakan sebelum pertempuran tetapi gagal. Cara seterusnya terpaksa ke titisan darah terakhir. Ini akan menyebabkan kedua-dua pihak akan kehilangan nyawa. Tragisnya jika perkara ini terus berlaku.

CPs berdoa agar kemelut ini akan segera dapat jalan penyelesaian. Peranan ketua & arahan dari kerajaan Malaysia pun pihak Raja Sulu sebaiknya dapat satu arah jalan menyudah. Tamatkan segera pertempuran agar Sabah kembali aman pun semua pihak tidak lagi tergencat dalam semua urusan harian. Tiada pertempuran@peperangan tidak kejam perbagai kerugian akan berlaku sementelah kedua-dua pihak mahukan maruah atau daulat jati diri terpelihara. Puak agama lain melihat ini satu kegagasan yang tak akan berakhir bagai yang berlaku di Tanah Arab sana.

CPs


Tiada ulasan:

Catat Ulasan