Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 19 Mac 2013

Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!


 March 19, 2013



719
 
7
 
0
 

LAHAD DATU – Ramai di antara kita masih keliru antara entik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina.

Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.

Bagi peneroka-peneroka Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.
DSC01314
Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.

” Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta.

” Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami.

” Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya pada Mynewshub.my.

” Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarn

ya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam.

” Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa.

” Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.


Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki.

” Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.

” Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya kesal.  

- Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan