Sabak Bernam: Suasana pilu menyelubungi keluarga Sarjan Sabarudin Daud yang terbunuh selepas ditembak pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi mereka di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar, semalam.
Ibu Allahyarham, Som Mat Salleh, 72, dilihat paling sebak mengenangkan pemergian anak kesayangannya itu namun reda dengan ketentuan Allah.
Tiada kata-kata yang dapat diluahkan si ibu melainkan titisan air mata mengenangkan anak lelakinya yang pergi sebagai pejuang negara.
Najib yang tiba pada jam 12 tengah hari meluangkan masa 15 minit berbual bersama balu Sabarudin, Nurunnisa Abu Bakar, 42, dan Som sebelum menghulurkan bantuan RM20,000 daripada Yayasan Kelana Ehsan bersama sumbangan peribadinya kepada keluarga Allahyarham. Sementara itu, Nurunnisa memberitahu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa arwah suaminya syahid seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan