Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Zed: Jika Dikecam Baru Namanya Perjuangan

Zed Zaidi

 March 12, 2013




36
9
0

Sejak akhir-akhir ini semakin selebriti tanah air yang mula melibatkan diri dalam bidang politik sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Baru-baru ini, penyanyi Yasin Sulaiman yang terkenal dengan lagu-lagu nasyidnya telah tampil dengan lagu berjudul Reformasi yang dikatakan menyokong kepada parti pakatan pembangkang PKR.

Disebabkan kemunculan lagu itu, Yasin telah menerima ugutan bunuh daripada laman Facebook miliknya.

Selain itu, komposer terkenal, Eddie Hamid turut dikecam oleh rakyat Kelantan apabila lagunya, Bo La Weiii didakwa mengkritik pembangunan di negari tersebut.

Bercakap kepada Sinar Harian Online mengenai perkara ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyatakan, “kalau tak kena kecam, bukan perjuangan namanya”.

“Macam kes Eddie Hamid, kalau tak kena kecam, bukan perjuangan namanya. Apabila ditentang maksudnya lagu itu beri kesan…(mungkin) boleh mempengaruhi artis-artis pembangkang menyertai semula kerajaan,” katanya.

Zed turut mengakui seni boleh menjadi salah satu senjata politik termasuk dari segi lirik, muzik, lagu, lakonan dan iklan.
Itu adalah reaksi yang diberikan oleh presiden Seniman.
Apa pula kata anda?

Oleh: JULIANA JOHAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan