Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 20 Mac 2013

Malaysia Akan Menang Mudah Dalam Isu Tuntutan Sabah

Khoo Kay Khim 01

    March 20, 2013


63
 
0
 
0
 

PUTRAJAYA — Malaysia akan menang mudah dalam isu tuntutan
ke atas Sabah jika kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu
ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata seorang pakar sejarah terkemuka
tanah air.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata ini berdasarkan rekod dan
bukti sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia.

Khoo berkata jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai
hasrat rakyat Sabah, “semua rekod menyebelahi kita”.

“Jika kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah, sama
seperti mereka kalah dalam isu tuntutan Sipadan.

“Mereka telah tidak ‘mengendali’ pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat
Sabah telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan
dicapai Suruhanjya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Forum
Kepimpinan Pusat Pengajian Kerajaan Razak (RSOG) berjudul “Multibudaya di
Malaysia: Adakah suasana wujud seperti seharusnya?” di Menara Prisma di sini
hari ini.

Khoo diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Filipina telah meminta
sepasukan peguam kanan mengkaji tuntutan negara itu ke atas Sabah yang kini
terhenti.

Debat mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan Kesultanan
Sulu timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah
baru-baru ini.

Bagaimanapun, Khoo berkata Kesultanan Sulu tidak boleh membawa kes itu ke
ICJ kerana ia bukan sebuah negara berdaulat.

“Sulu sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia…sukar untuk pergi ke
ICJ kecuali Manila sedia membantu mereka.

“Saya tidak pasti Sulu dan Manila dapat bekerjasama (dalam isu tuntutan ke
atas Sabah). Mereka tidak pernah bersepakat,” kata beliau.

BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan