Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 7 Mac 2013

M'sia tolak gencatan senjata kecuali serah diri


4:14PM Mac 7 2013
Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan mahu pengikutnya menyerahkan diri, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat.

NONE"Jangan percaya tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram.
Dalam kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," tulis Ahmad Zahid dalam Twitter.

'Sultan Sulu' mengisytiharkan gencatan senjata unilateral untuk jam 12.30 tengahari dan menggesa Malaysia menerimanya, demikian kenyataan yang dibacakan oleh jurucakapnya di Manila.

"Mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka akan kekal di tempat di mana mereka berada sekarang.

"Mereka tidak akan memperluskan operasi," jurucakap itu dipetik sebagai berkata, merujuk kepada militan, dipercayai berjumlah antara 100 dan 300, orang di negeri Sabah.
Respon:
 
Mencari Erti
Jika musuh telah beri tawaran gencatan senjata; berundinglah secara bijaksana pun langkah pahlawan jangan sampai perajurit kita terus terkorban... main cabar mencabar tak kisah jika pasukan keselamatan kita sentiasa terjamin keselamatannya... jika perajurit kita terus terkorban keamanan tak terjamin di mana lagi rakyat marhaen nak berlindung...

Mencari Erti
pelarian perang di Sabah makin bertambah pastikan mereka terbela sbb pertempuran nampaknya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan