MANILA – Sultan Jamalul
Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia
yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut
beberapa laporan semalam.
Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.
“Adakah orang di tanah
air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air
sendiri pengganas,” kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama
stesen radio dzMM.
Menurut portal berita
ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya
sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di
Sabah.
Sebelum ini, media
Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata
bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan
yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.
Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.
Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.
Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.
Para pengikut Jamalul
Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana
menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan