Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 7 Mac 2013

Keluarga Raja Muda Agbimuddin Kiram bimbang


7 Mac 2013
SIMUNUL - Keluarga Raja Muda Agbimuddin Kiram di Tawi Tawi, Simunul, mengakui bimbang dengan keadaan kumpulan tentera sultan di Sabah.

Isteri Raja Muda Agbimuddin Kiram, Nurkisa Kiram berkata, mereka sekeluarga hanya mampu menunggu dan bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kejadian buruk menimpa kumpulan suaminya itu.

“Pulau Simunul tidak jauh dari Sabah tetapi berita dan perkhabaran tentang apa yang berlaku di sana adalah sukar diperoleh,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga terputus hubungan dengan suaminya sejak keganasan meletus di Sabah, Jumaat lalu.

Ahli keluarga Raja Muda berharap, kedua-dua pihak dapat capai resolusi aman bagi selesaikan kemelut di Lahad Datu.

-ABS-CBN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan