Polis
masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo,
Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat
kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan
pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan
anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Pasukan
keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan
ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7
pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang
mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan
keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh
diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat
sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk
kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan