Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 5 Mac 2013

Status Hak Milik Tanah Sultan Sulu

Wan Adib Wan Roslan (sekadar berkongsi pengalaman dalam akta tanah/status tanah di negara kita)

Jurucakap Sultan Sulu berkata tanah kampung yang mereka dakwa milik mereka telah mereka duduki sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi; (isunya nenek moyang mereka adakah orang negara kita atau Filipina) perkara ini sebaiknya kita bincang secara waras jangan sampai jadi kalut begini.

Dalam masalah ini mereka yang tak pernah dirampas tanah pusaka mungkin tak dapat rasa. Betapa kita sayang sangat tanah kenangan dari arwah apak; ato; opah; & nenek moyang kita. Di Tanah air tercinta ini apa yang berlaku Di Mukim Teja Perak & banyak lagi tanah pusaka telah dirampas olah akta tanah negara yang memang tidak memihak pemilik tanah asal telah pun berlaku. Tanah Rizab Melayu makin hilang di jajajahn Mukim Teja sana. Sebermula dari perlombongan di sana. Siapa ambil kisah.

Saya terlibat dengan perjuangan hak milik tanah ini sampai briro BPA di JPM turut bantu saya; apa kesudahannya; (KOSONG) ada antara Tanah Rizab Melayu kami telah dimiliki mereka Pemastautin Tetap (Kad Pengenalan Merah.) Ini adalah mainan di Pej Tanah Kampar atau Batu Gajah (Alamat Cukai Tanah Asal Batu gajah kini Kampar) saya bukan menuduh tapi memang berlaku.

Perkara ini sering saya baca di Sabah pun berlaku; antara hak milik asal dan pencerobohan tanah di dalam negara sendiri tak dapat diselesai; Samalah masalah Tanah Adat orang asal (Orang Asli) di belantara sana. Mereka sampai ke Putrajaya untuk menuntut hak; apakah mereka terbela atau terabai bagai tanah pusaka kami di Mukim Teja sana. Kami tak pernah uala tanah tersebut weh tetapi tetapi bila nak bayar hasill HILANG. Bukti jelas di tangan kami; sekadar tak bayar cukai tanah yang amat kecil hilang tanah yang amat besar; tanpa pengetahuan kami sebagai pewaris terdekat amatlah mendukacitakan.

Apatah lagi kes Tanah yang didakwa Sultan Sulu ini milik mereka; adakah sejarah/status tanah yang perlu dijelaskan secara BUKTI JELAS & nyata. Agar mereka yang mendakwa milik mereka boleh membukti itu hak mereka. Takkan kita lupa Masalah Batu Putih; kita gagal membuktikan hak kita. SEDIH sangat. Isu SEMPADAN bagi saya boleh dimainkan; sebab kami sendiri mempunyai masalah ini;  Geran tanah yang kami pegang yang dicetak sekitar tahun 1920an  telah pun dirubah dan gabungkan dengan keluasan geran lain di geran terkini. Malahan dalam tempoh 5 tahun saya berjuang; Nombor geran tanah yang sempat saya tebus pun telah berubah 3 kali... giler tak giler.

Saya tak memihak mana-mana dalam isu tanah di Sabah ini.  Harapan saya isu hak milik tanah ini janganlah diperlekehkan. Kami rakyat marhaen mana ada duit nak pasang lawyer kami untuk tentang lawyer kamu itu yang tentunya memihak akta tanah negara yang TEMPANG ini. Jika memang benar kita yang jajah tanah kerabat Sultan Sulu ini; alangkah sedihnya.

(Apakah Seniwati Dayang Sulu ada lagi iyer)

CPs:

CPs isu sempadan kenalkan dua kerajaan jelaskan kepada Sultan Sulu; jika mereka jadi mangsa jajahan antara dua negara; janganlah pula kita siksa mereka yang memperjuangkan hak mereka jika perkara ini tak jelas kepada mereka memang mereka an terus berjuang.

Kita tak boleh menuduh mereka penceroboh jika memang asal kejadian tanah tersebut hak milik mereka. Isu kewarganegaraan sebaiknya kenal dibetulkan semula; sebab semasa Merdeka pun ramai kalangan keluarga orang Malaysia berpecah dua; abang kat sini; adik di Indon sebab masa Merdeka mereka punya hak memilik nak kekal di Tanah Melayu atak kembali ke negara mereka Indonesia; ini memang fakta sejarah. (Perkara ini diceriterakan oleh rakan saya di Acheh)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan