Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 6 Mac 2013

Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu?

Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu?

    March 6, 2013



15K

213
0

Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.

Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.

Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.

Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.

Takkan tak habis lagi?

Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.

Kalau komando bergerak satu baris dan bergerak 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan mopping out, takkan tak lepas kawasan 4 kilometer lagi?

Kini, mopping out diperluaskan kepada 10 kilometer pula…persoalan seterusnya macam mana mereka boleh terlepas kepungan 4 kilometer sebelum ini?

Yang hendak penulis tekankan di sini….13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup.

Bukan sekadar bawa lari…sempat tanam lagi. Jangan siap sempat baca talkin apa semua sudah la…

Kalau 13 mayat dibawa lari…berapa ramai yang sebenarnya masih hidup?

Satu mayat bukannya ringan…kalau dua orang angkut satu mayat pun, paling kurang 36 orang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.

Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu…selepas pengeboman begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.

Persoalannya…di mana baki 100 lebih pengganas itu berada sekarang?

Masih hidup? Sudah berkecai? Sudah menyamar menjadi orang awam?

Jika mereka menyamar…hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh lepas pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat serangan semalam.

Sekali lagi…bukan bertujuan mengecilkan pasukan keselamatan kita…

Hakikatnya ialah kita sebenarnya berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

Mereka adalah dari suku Tausug…suku yang paling garang antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut berhadapan dengan suku itu.

Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang.

Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu mereka tidak takut kematian dan tidak takut perang kerana sudah berpuluh tahun berperang dalam hutan di negara mereka.

Dan…sebahagian besar pasukan keselamatan kita mungkin baru kali pertama hendak menembak orang.

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini.

Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting.

Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.

Penulis tidak berniat mengangkat penceroboh tetapi kita harus sedar kita sedang berdepan siapa ketika ini.

Kalau kita rasa peralatan kita sudah cukup…masa akan menentukan segalanya.

Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu…sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad…maka memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.

Respon Menarik:




Aizen Sousuke 
 

Bagi orang yang berakal singkat, akan berkata penulis blog ini menghina pasukan keselamatan. Tetapi jika di baca betul-betul, penulis mengajak pembaca berfikir tentang jumlah sebenar militan Sulu yang berada di Sabah. Bayangkan jika pasukan keselamatan menjumpai mayat militan ini ditanam di dalam sebuah lubang yang besar. Allah bagi kita akal untuk berfikir. Bukan menggunakan emosi untuk berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan