Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Usah percaya khabar angin - Ketua Polis Negara

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini, menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS kononnya
penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak
benar.

"Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri
Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan
orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak
sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

"Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan
mudah percaya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan