Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 5 Mac 2013

Tiada Dalang Kes Sultan Sulu

KUALA LUMPUR: Di sebalik bermacam tuduhan oleh kerajaan kononnya kehadiran penceroboh di Sabah ada kaitan pembangkang, Kesultanan Sulu pula tampil menafikannya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com semalam, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada agensi berita online Filipina itu.

Penafian itu sekaligus menolak dakwaan kerajaan Malaysia sebelum ini kononnya kedatangan penceroboh yang mendakwa penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu atas 'pelawaan' pembangkang.

Ianya termasuk laporan berita yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 2 Mac lalu dengan tajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala Buletin Utama TV3 pula menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan itu.

Pada masa sama Puteri Jacel Kiram juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan