Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Persekutuan Tanah Melayu

 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? lnilah yang boleh mengelirukan jika ada guru sejarah 'tidak jujur' menerangkan tentang sejarah.

Sayugia  apabila mengaitkan mengenai pembukaan Melaka oleh Parameswara (ingat Parameswara bukan  orang Keling dari benua Keling: istilah fakta dari buku SEJARAH MELAYU tetapi ialah seorang yang beragama hindu (kerana ketika itu pengaruh hindu mendahului selepas animisma) yang mana anak raja dari dinasti Saleindra di Palembang, Sumatera yang mana sudah tentulah daripada rumpun mahawangsa Melayu) sudahlah tentulah belum ada nama Malaysia (bermula 1963).

Melaka  walaupun disebut negeri tetapi berstatus sebuah negara yang berkerajaan dan berpelembagaan (Kanun Melaka). Sebab itu dalam buku sejarah Melayu disebut 'Negeri China', Negeri Arab' dan sebagainya bagi merujuk negara yang berkerajaan.

Begitu juga jika ditanya 'Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan'? Harus diingat bahawa kemerdekaan yang dicapai pada 31 0gos 1957 pada ketika itu ialah sebuah kerajaan yang bernama Persekutuan Tanah Melayu yang mana lnggeris menyebutnya 'Malaya'. lstilah 'Malaysia' hanya lahir pada tahun 1963 atas idea sebuah gagasan penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

Bahkan tidak salah jika guru Sejarah tersebut menyebut tokoh-tokoh yang dikatakan 'kiri' oleh penjajah lnggeris seperti lbrahim Yaakob, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, lshak Haji Muhammad dan seumpamanya sebagai pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air di samping tokoh-tokoh yang sedia ada. Pokoknya guru sewajarnya bijak main peranan dan berhemah dalam komunikasi.

INILAH realiti sejarah yang sepatutnya guru Sejarah atau sesiapa pun tidak menjadi kabur atau berpura-pura kabur. Kesilapan ini bukan hanya ditujukan kepada guru Sejarah sahaja tetapi kepada orang awam keseluruhannya. Kebenaran itu pahit tetapi kesilapan itu menghancurkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan