KUALA
LUMPUR - Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan
pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia,
tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata
sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga
berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak
mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II,
yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan
bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan
"waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman
Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan
wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada
British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang
amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu
memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun
Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan
waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan
waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada
membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris
berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk
mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran
tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim
Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang
menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu
disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan
penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan
waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu
yang mengiktiraf mereka sebagai
keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal
Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang,
Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri
Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh
itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau
keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber
berkenaan. - Bernama
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai
keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - Bernama
- Noramin Mosyi Mosyi Peringatan: Dayang-Dayang Sheramar T.Kiram (salah seorang waris sah) sebagaimana yang tercatat di atas merupakan KAKAK kepada Sultan Sulu III dan Raja Muda yang menceroboh diLahad Datu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan