Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 9 Mac 2013

Manila Mulakan Siasatan Konflik Sabah, Mula Menyoal Penasihat Kiram

Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) semalam memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah dan memanggil penasihat Sultan Sulu Pastor “Boy” Saycon untuk disoalsiasat.
Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera Di Raja” Sulu di negeri Malaysia timur itu.

Memetik kenyataan jurucakap Sultan Abraham Idjirani, The Philippine Star berkata, ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan Reynaldo Esmeralda dihantar jam 4 petang semalam ke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.
Saycon adalah setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina COPA, telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan laman sesawang ABS-CBN News semalam.
MENYUSUL LAGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan