Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Jumaat, 8 Mac 2013

‘Letak senjata!’

Oleh Yusri Abd Malek, Mohd Razlan Salleh, Alias Rani, Zaitie Satibi, Syah Rul Aswari Abdullah, Shamran Sarahan, Mohd Firdaus Ibrahim, Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman, Raja Noraina Raja Rahim, Junaidi Ladjana, Nurhidayatidayu Razali, Muhamaad Hafis Nawawi, Asmah Rusman, Fardy Bungga, Yusliza Yakimir Abd Talib, Yusmizal Dolah Aling, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Ardyhansah Amat dan Ibnu Khusairi Ibnu Aris
Lahad Datu: “Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri.” Itu tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu Op Daulat yang diadakan kini diteruskan sehingga semua pengganas Sulu yang setakat ini membunuh lapan anggota keselamatan negara meletak senjata tanpa syarat.
Penegasan itu bermakna Malaysia menolak permintaan Jamalul Kiram III yang kini melakukan gencatan senjata di pihaknya dan meminta pasukan keselamatan Malaysia turut berbuat demikian.
Dia yang mendakwa dirinya Sultan Sulu mengeluarkan kenyataan itu semalam, tiga hari selepas operasi serangan besar-besaran dijalankan ke atas kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, di sini, yang bermula pagi Selasa lalu.

Najib dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di sini, semalam berkata, Presiden Filipina Benigno Aquino III menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata itu.
FotoNAJIB ketika sidang media di Felda Sahabat, semalam.

“Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan