- Diasaskan 1457
- Dibubarkan 1917
Kerajaan Monarki
Sultan
- 1457–1480
Sharif ul-Hashim of Sulu
- 1480-1505
Sultan Kamalud-Din
- 1505-1527
Sultan Amirul-Umara
- 1884–1899 Jamal ul-Kiram I
Ibu negara
Jolo
Bahasa
Bahasa Arab (rasmi), Bahasa Tausug, Bahasa Malaysia, Banguingui, Bahasa Bajau
Kini sebahagian daripada
Indonesia
Malaysia
Filipina
Kesultanan Diraja Sulu Dar al-Salam
کسلطانن سولو دار الإسلام
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga Ke Timur Sabah
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum
memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja
Bagindo yang berasal dari Minangkabau
meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja
Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu.
Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo.
Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di
wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai
gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran
"Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei
memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka
menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan
Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao
sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga
sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat
kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan