-
March 5, 2013
1749
9
1
MANILA – Pentadbiran Filipina
semalam menyatakan nasib Raja Raja Muda Agbimuddin Kiram dan para
pengikutnya yang merupakan adik Sultan Jamalul Kiram III di Sabah kini
terletak di tangan pihak berkuasa Malaysia selepas mereka enggan meletak
senjata dan menyerah diri, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam
“Malaysia sudah mengambil alih. Terdapat
kematian di pihak mereka. Mereka mahu menyelesaikannya mengikut cara
mereka,” kata jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda kepada
rancangan Mornings@ANC.
Lacierda berkata, pentadbiran Filipina banyak kali merayu kepada keluarga Kiram supaya meninggalkan Sabah.
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa
anggota polis Malaysia dan para pengikut raja muda itu mati akibat
pertempuran yang berlaku di Lahad Datu.
Katanya, keengganan Kiram telah mengancam kehidupan 800,000 warga Filipina yang hidup dengan aman di Sabah.
Kiram yang mendakwanya sebagai Sultan
Sulu telah mengarahkan para pengikutnya pergi ke Sabah pada awal bulan
lalu untuk tinggal di sebuah kawasan yang dianggapnya sebagai milik
kesultanan tersebut berdasarkan sejarah.
“Kami telah meminta mereka meletakkan
senjata dan menyerah diri atau menghadapi kematian. Sekarang keluarga
Kiram meminta ketenangan yang sepatutnya dilakukan sebelum ini. Kiram
patut membawa pulang pengikutnya dan mengadakan dialog.
“Mereka (para pengikut Kiram) enggan mendengar rayuan kami. Mereka berdegil kerana ingin menuntut hak,” tambahnya.
Ditanya apa yang telah dilakukan oleh
pemerintah Filipina untuk keluarga Kiram, Lacierda berkata, pihak
pemerintah telah memastikan keselamatan 800,000 warganegara itu di Sabah
terjamin.
Katanya, pemerintah turut memberi bantuan kepada pengikut keluarga Kiram di Tawi-Tawi dan Sulu.
Lebih 100 pengikut Agbimuddin kini berada di Sabah.
Dalam wawancara itu, Lacierda berkata,
pihaknya telah menghantar utusan ke Kiram di Taguig, Manila sebagai
usaha meyakinkan beliau untuk mengarahkan pengikutnya menyerah diri.
Antara mereka yang bertemu dengan
keluarga Kiram termasuk Penasihat Hal Ehwal Politik Presiden, Ronald
Llamas; Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia dan Gabenor Wilayah
Autonomi Islam Mindanao, Mujiv Hataman.
Lacierda berkata, Kiram kerap bertukar-tukar fikiran semasa peringkat awal rundingan.
Pada satu ketika, Lacierda berkata,
pemerintah dan keluarga Kiram hampir mencapai persetujuan sehinggalah
satu panggilan telefon mengubah segala-galanya.
Katanya, hasil risikan mendapati terdapat pihak yang sengaja menghasut keluarga Kiram.
“Pada satu ketika kami hampir memeterai
perjanjian dan secara tiba-tiba Kiram menghubungi seseorang, kemudian
semuanya berubah. Kami sedang menyiasat perkara itu. Presiden berkata,
kami tengah mencari siapa pihak itu tanpa menamakan sesiapa. Kamu
menghantar 180 pengikut ke Lahad Datu dan menuntut Sabah. Itu tidak
realistik,” katanya.
Lacierda berkata, banyak pihak menuntut gelaran Sultan Sulu dan Kiram salah satu daripadanya.
Beliau berkata, isteri kepada pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari turut menuntut gelaran itu.
Jurucakap itu berkata, bapa Kiram telah dilucutkan gelaran sebagai putera mahkota oleh Sultan Sulu, Ismael Kiram.
Beliau berkata, mengikut catatan sejarah terdapat sembilan pihak menuntut gelaran itu.
Lacierda berkata, terdapat beberapa
percubaan oleh pentadbiran Filipina untuk menyatukan kesemua waris dan
mengukuhkan tuntutan ke atas Sabah.
Semasa Corazon Aquino menjadi Presiden, beliau cuba menyatukan semua waris tetapi Kiram merosakkan rundingan.
Ketika pemerintahan Presiden Fidel Ramos, Kiram sekali lagi menjadi dalang yang merosakkan rundingan.
Sementara itu, lebih 300 pendatang asing
warga Filipina tiba dari Sabah pada malam Sabtu lalu dengan menggunakan
feri di Zamboanga.
Menurut agensi berita AP semalam, sejumlah penduduk Filipina yang tinggal di Sabah tiba di sebuah pelabuhan Jolo semalam.
– Agens
Tiada ulasan:
Catat Ulasan