KESULTANAN
Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang
meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu
Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah. Ia
diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang
menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli
iaitu seorang puteri tempatan.
Beliau
kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama
berdasarkan al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta
penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada
1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di
Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur
Sabah).Bagaimanapun pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada
Eropah.Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri
dan ia sah sehingga akhir zaman.
Kesultanan
Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar
Malaya, yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903.
Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
Kawasan berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun
kepada Kesultanan Sulu. Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut
kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima
pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya.
Keadaan
ini berlanjutan sehingga beberapa minggu yang lalu.,Kesultanan Sulu
kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka
menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan
apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani
Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua
kuasa politik kepada Amerika Syarikat.
Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah
entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada
tahun 1986.
Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan