Syurga adalah sebaik2 tempat kembali untuk
kedua2 lelaki dan wanita. Walaupun kita rasa tidak layak masuk syurga,
takde siapa pun yang sanggup dibiarkan ke neraka. Namun tidak dapat
dinafikan bahawa tidak kurang ramai lelaki yang tak layak masuk syurga
atas sebab melakukan kezaliman dengan tidak memenuhi tuntutan syara'
keatas dirinya atau mempersendakan syara' dengan menceraikan isterinya
tanpa sebab yang kuat.
Namun demikian renungan di sini menumpukan
kepada hal wanita dan syurga dan siapakah temannya disana nanti. Apakah
wanita akan ada bidadari lelaki?
PERINGATAN: Janganlah kita samasekali mempersendakan urusan alam akhirat kerana akhirat itu adalah benar dan ia pasti berlaku.
RENUNGAN 1: Jika lelaki yang layak masuk syurga ada bidadari, bagaimana pula dengan wanita?
Berikut
adalah perbincangan berkaitan perkara ini mengikut dalil sahih dari
Rasulullah s.a.w, namun demikian penentuan dan perincian bagaimana cara,
bentuk dan rupa yang sebenar disyurga itu adalah dibawah kuasa Allah
s.w.t….
Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di
kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di
dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum
berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal
dunia setelah bercerai secara sah dibawah hukum syara' dan tidak
berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga
akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes
4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan
ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya layak
memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak
berkahwin selepas itu. Seperti kes 4, wanita dalam golongan ini akan
bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal
tersebut layak memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami
tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di
dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia
dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia
inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu
tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia
akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”
RENUNGAN 2: ISTERI MEMINTA CERAI TANPA ALASAN YANG DIBENARKAN SYARA'
Rasulullah ﷺ bersabda,
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَاَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
"(Wanita
mana saja yang meminta perceraian dari suaminya tanpa alasan yang
benar, maka haram baginya bau surga)". (HR.Abu Dawud,Tirmidzi, Ibnu
Majah, lihat Shahihul Jami’ no.2706)
Perceraian, bila terjadi
tanpa alasan-alasan syar'i, berarti hanya mengada-ada dan sekedar
mempermainkan. Ini bisa menimbulkan kerusakan bagi kehidupan, yang
tentunya ditentang oleh Islam. Dimanakah orang-orang yang sudi
memikirkan akibat-akibat buruk pasca perceraian? Siapakah yang mau
memikirkan nasib anak-anaknya setelah kedua orang tuanya bercerai?
Apakah dosa dan kesalahan anak-anaknya sehingga harus menangung beban
sehingga "kehilangan" salah satu dari orang tuanya sehingga tidak lagi
mendapatkan bimbingan dan kasih sayang dengan sepenuhnya?
Ketahuilah, bahwa thalaq termasuk peristiwa yang sangat disenangi oleh setan. Imam Muslim meriwayatkan, yang artinya:
"Sesungguhnya
iblis meletakkan kerajaannya di atas air. Lantas, mengutus
pasukan-pasukannya. Prajurit yang paling dekat dengannya, ia adalah yang
paling besar fitnahnya. Kemudian salah satu dari mereka datang untuk
melaporkan: "Aku telah melakukan ini dan itu!" Maka Iblis berkomentar:
"Engkau tidak melakukan apa-apa!" Selanjutnya yang lain datang seraya
berkata: "Tidaklah aku tinggalkan (anak Adam) sampai aku pisahkan
dirinya dengan istrinya," maka Iblis mendekatkannya seraya berseru:
"Bagus benar dirimu". [HR Muslim, 2813]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan