Semasa aku menulis sekarang ni, pasukan keselamatan negara tengah mengebom kampung di mana penceroboh negara menyorok. Apa akan jadi aku tak tau, tapi bunyinya memang agak ekstrim bila jet pejuang pun di bawak masuk untuk bom dari udara. Agaknya semalam pemindahan dah berlangsung.
Bila cek laman sosial, banyak orang yang menyatakan sokongan kepada pihak pertahanan negara atas tindakan mereka untuk menghalau penceroboh. Jadi ramai la jugak kawan-kawan aku yang sebarkan gambar-gambar anggota polis yang terkorban sambil diajak beramai-ramai baca dan doakan Allahyarham yang telah selamat kembali kepada-Nya.
Bagaimanapun...sebagai seorang Islam, kenapa kita sendiri tidak adil dalam benda ni, maksud aku, kita prejudis? Kenapa tidak ada rakyat Malaysia yang beragama Islam mengajak orang lain sama-sama mendoakan mereka yang telah meninggal dunia dari kalangan penceroboh?
Sebab mereka penceroboh, jadi tak layak di "al-Fatihah" ke?
Kita, golongan bawahan, adalah golongan yang mudah dimanipulasi. Apatah lagi kalau kita ni kurang berpelajaran. Akal tak berapa mampu nak berfikir cara lain, jadi apa yang kita buat selalunya dikawal oleh orang-orang yang nak ambik kesempatan..yakni ahli politik yang hanya tau suruh orang pergi tembak...tapi bila disuruh pegi tembak sendiri...dia sakit perut.
Apa kau rasa kalau aku katakan, mereka-mereka yang menceroboh Sabah itu merasakan perjuangan mereka itu adalah perjuangan yang benar dan mereka tahu, jika mereka mati, mereka mati syahid?
Mereka penceroboh, pada kita la. Tapi pada mereka, mereka bukan penceroboh. Pada mereka, mereka pejuang yang ingin menuntut kembali hak mereka. Betul atau tidak apa yang mereka perjuangkan, wallahuallam. Aku sendiri tak boleh nak pasti dengan kau kalau kau mintak bukti, menag payah.
Akan ada orang lain kata apa yang aku buat ni tak betul, kan? Tapi yang pentingnya...aku percaya apa yang aku buat ni betul. Samalah jugak macam kau, kau nak sokong Rosmah Mansor, sokong la. Sebab pada kau benda tu betul. Kau percaya Anwar peliwat? Percayalah. Kau percaya Melayu perlu bersatu hati dan benci dengan orang Cina sebab orang Cina akan naik lemak dan jadikan Malaysia macam Singapura? Teruskan.
Penceroboh Sabah rasa perjuangan dia betul, perjuangan syuhada. Kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh nak deny tu. Sebab benda tu terpulang pada Allah SWT. Allah aje yang tau siapa yang berada dipihak yang benar, kita, Malaysia..atau mereka, orang Sulu. 8 orang anggota polis kita meninggal, pada aku mereka syahid. Orang2 yang meninggal sebab mereka memperjuangkan Kesultanan Sulu...aku jugak percaya mereka syahid.
"Tak adil la camtu..kau ni dah mengkhianat kedaulatan negara!
Kau takde pride Malaysia langsung ke Tot?" jerit kau.
Yang meninggal ni semua orang Islam dan kita sebagai orang Islam, kena mengharapkan mana2 orang Islam lain dapat ke syurga, walaupun perjuangan dan pandangan kita berbeza. Mereka2 yang telah meninggal, mereka yang sedang berperang, tak kiralah dari pihak Malaysia atau Filipina hanyalah askar dalam satu peperangan. Askar yang menurut perintah....macai. Kuli.
Tak salah rasanya kalau kita sedekahkan al-Fatihah bukan hanya untuk anggota polis kita yang terkorban...tapi juga untuk pejuang Kesultanan Sulu yang telah tiada.
Kau tak setuju dengan aku sebab kau kata mereka yang salah, mereka yang ceroboh, tak apalah. Orang Sulu jugak boleh kata Malaysia yang ambik tanah diorang dulu. Siapa betul? Kita tak tahu. Mereka percaya mereka betul. Kerajaan kita percaya kerajaan kita betul. Siapa tahu golongan mana yang betul? Yang penting, semua orang perjuangkan apa yang dia percaya.
"Dia" saja yang tau, jadi kita ni, sedekahkanlah al-Fatihah dekat siapa-siapa pun, yang terkorban, tak kiralah orang Malaysia, Sulu atau Filipina mereka tetap saudara kita Islam.
Mereka banduan yang didapati bersalah pun setahu aku sebelum ke tali gantung diberikan kesempatan mengucap atau sembahyang taubat.
Yang jelasnya, Islam tembak Islam. Islam tembak Islam balik.
CPs:
Kini penceroboh bukan lagi digelar penceroboh tetapi telah dipanggil pengganas; hatta satu dunia akan terus mengatakan memang Islam itu ramai pengganas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan