Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 6 Mac 2013

Krisis Lahad Datu: Polis Mati Tidak Syahid


sembahyang_polis_mayat 

MUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar nama Ustaz Azhar Bin R**** dari Sepang.  Tapi percaya atau tidak Ustaz Azhar adalah penasihat residen laman suarapakatanrakyat.com dalam soal-soal berkaitan agama Islam.  Laman ini menyebut namanya sekadar menunjukkan bahawa kami bukan main hentam saja bila bercakap tentang Islam.

Ada rujukannya, bukan memandai mandai seperti dikata ramai orang.

Melalui nasihat Ustaz Azhar jugalah laman ini dimaklumkan bahawa pandangan yang mengatakan 7 anggota polis beragama Islam yang terkorban setakat ini sebagai syahid, adalah pandangan yang salah dan meleset.

Pandangan seumpama itu (polis mati sebagai syahid), adalah pandangan yang bertujuan meningkatkan tahap ‘pemujaan berlebih-lebihan’ terhadap anggota pasukan keselamatan tersebut, sedangkan mereka memang dibayar gaji untuk melakukan kerja itu.

Kalau mereka melakukan kerja itu secara sukarela dan terkorban semasa menjalankan tugas itu, barulah boleh dikatakan mereka mati syahid.

Lagipun menurut Ustaz Azhar, orang yang mati syahid, mayatnya tidak perlu disembahyangkan, dimandikan dan dikafankan.  Adalah lebih ‘afdal’ mayat itu dikebumikan begitu sahaja.  Bagi menyokong pendapat itu, Ustaz Azhar menyertakan kepada kami sabda Nabi seperti di bawah:-
“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari)”
Dalam hal ini, memang kelihatan jelas semua mayat-mayat tersebut disempurnakan seperti kematian biasa dan itu sahaja bukti jelas bahawa mereka bukan mati syahid!!

Ustaz Azhar juga merujukkan kami kepada Peristiwa Memali pada 1985 bila 13 dari 14 penyokong Ibrahim Libya yang terbunuh dalam serangan pasukan polis pada waktu itu, dikebumikan begitu sahaja, dengan pakaian yang masih merah dengan darah.  Itu menurutnya baru menepati kriteria mati syahid yang sebenarnya.

Lagipun, semua anggota polis tersebut adalah pendukung kepada undang-undang ‘kufar’ di Malaysia ini dan mereka tidak layak dikategorikan sebagai mati syahid.  Dalam hal ini Ustaz Azhar merujuk kepada Amanat Hadi 1981 yang menjadi pegangan masyarakat Islam sehingga hari ini.

Suarapakatanrakyat.com tidak begitu berminat menyentuh lebih lanjut tentang Amanat Hadi ini kerana ia boleh menimbulkan polemik yang lain, cukup sekadar disebutkan disini bahawa fakta berkaitan Amanat Hadi itu perlu disebut dalam konteks mengesahkan kematian semua anggota polis ini sebagai syahid atau tidak sahaja.

Yang penting dalam hal ini ialah semua anggota polis tersebut bukan mati syahid!!

Cuma malangnya dalam hal ini, ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri berbalah pendapat.  Nik Abduh Nik Aziz umpamanya, mengaitkan kematian ini dengan mati syahid, sementara Mohamad Sabu dan pemimpin senior PAS yang lain tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Pandangan seumpama ini perlu diselaraskan agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam.  Laman ini bimbang ada pihak mengambil kesempatan dengan mempolitikkan kematian ini bagi kepentingan mereka kalau soal syahid atau tidak ini terlalu digembar gemburkan.

Bagi bukan Islam, tidak ada masalah, syahid atau tidak, hanya pada nama sahaja, bukan ada kesan apa pun.

CPs:

Lebih baik kita bersangka baik; sebab niat perajurit untuk mengekang penceroboh adalah satu tugasan yang baik lagi murni;  jika dibiarkan penceroboh membuat bencana kut orang awam yang jadi mangsa.

Kita doakan pun sedekahkah mereka al-Fatihah agar mereka yang Islam tetap mati syahid. Jika mengikut ejaan nama Michael Padel sahaja yang bukan nama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan