Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
Wanita Tausug menari pangalay |
Jumlah penduduk |
---|
c. 1.3 juta |
Kawasan ramai penduduk |
Filipina (Basilan, Palawan, Sulu, Tawi-Tawi, Manila, Cebu) Malaysia (Sabah, Kuala Lumpur) Indonesia (Kalimantan Utara) |
Bahasa |
Tausūg, Chavacano, Cebuano, Tagalog, Inggeris, Melayu |
Agama |
Banyaknya Islam |
Kelompok etnik berkaitan |
Visaya, Moro lain, Melayu, Filipino lain, Orang Austronesia lain |
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluknya dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan pemimpin yang di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab.
Kaum Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah diislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.
Demografi
Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (sbt. Holo).
Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.Orang Baklaya adalah merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau dari Daerah Wajo di Sulawesi.
Orang Banjar pula berasal dari suku kaum Dayak yang apabila telah diislamkan dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.Justeru itu bahasa orang-orang Banjar adalah menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan.
Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1]
Suku kaum Tausug juga punya beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.
Asal-usul istilah
Tausug
Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sbt Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan. Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus.Justeru itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang sulog ataupun orang arus. Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanau) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau arus.
Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.
"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"
Suluk
Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.
Kedua Perkataan Suluk itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari kata Sulog (disbt Sul-og)yang bererti ARUS.Orang-orang pelaut dari Johor (Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ), orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan )dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).Suku bangsa gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa suluk yang ertinya ORANG ARUS).Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan SULUKakibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini.Istilah SULOG juga akhirnya bertukar ke istilah SULUKapabila perkataan Sulog itu dimelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang menggunakan bahasa Melayu Brunei. Justeru itulah semua suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau. Orang-orang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK.Kata SUK berasal dari kata SUD dalam istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK.SUK pula berasal dari perkatan MASUK dari bahasa Melayu. Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK.
Ketiga: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.
Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.
Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:
“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.
Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan