
syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta - ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.

"Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran.
"Kita tak main politik dalam hal ini... satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju... Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah. Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Kira-kira 16,000 orang hadir pada pertemuan terbesar golongan ulama-umara dan asnaf bersama Perdana Menteri itu. Asnaf ialah mereka yang dikategorikan
sebagai fakir dan miskin, peniaga-peniaga kecil, pemandu teksi dan para pelajar yang menerima bantuan zakat (kumpulan ini) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Sehubungan itu, Najib berkata melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan memberi penekanan kepada mengurangkan indeks jenayah yang dimulakan sejak 2009 dan terus diberi perhatian.
Kerajaan juga memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pendidikan melalui proses pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, katanya.

Najib berkata bagi memelihara dan membangunkan maslahah harta, kerajaan beriltizam untuk terus memajukan ekonomi negara.
"Alhamdulillah, tahun lepas, kita dapat kadar pertumbuhan 5.6 peratus, antara yang tertinggi di dunia dan kita juga berjaya
mengukuhkah Malaysia sebagai hab kewangan Islam yang paling berjaya di dunia," katanya.
Sehubungan itu, katanya, demonstrasi jalanan ala Arab Spring hanya akan mengorbankan harta benda termasuk nyawa manusia dan ia bukan sesuatu yang sesuai untuk Malaysia.

Katanya kejayaan Malaysia menjadi mediator atau pengantara bagi menyelesaikan konflik antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina diiktiraf sebagai sumbangan yang amat besar dan ramai umat Islam dapat diselamatkan.
Katanya begitu juga di selatan Thailand, rintisan perdamaian telah ditempa apabila negara berjaya mengusahakan perjanjian
persetujuan bersama yang ditandatangani antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) iaitu kumpulan pejuang pembebasan Islam di selatan Thailand.
"Mudah-mudahan umat Islam di selatan Thai akan dapat mengecapi

Najib berkata beliau juga juga telah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza, Palestin dan pendirian beliau ialah tidak mengira perbezaan politik untuk bekerjasama demi kepentingan umat Islam.
"Ini pendirian saya, walaupun saya tahu ada orang tidak berapa berkenan, tak berapa setuju, apa salahnya, sebab ini untuk kebaikan," katanya.
Malah, katanya, beliau menerima sepucuk surat daripada ulama Mesir Dr Yusuf Qardhawi yang menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau kepada kerajaan terhadap misi lawatan kemanusiaan itu yang disifatkannya sebagai misi yang berani dan luar biasa.
"Maknanya, kita telah melakukan sesuatu demi kepentingan ummah," kata perdana menteri.
- Bernam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan